PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SK PADANG TEMU
Halaman
ANJUNG
Selasa, 26 Julai 2011
Minggu Panitia Kemahiran Hidup 2011
Pada 25hb hingga 28hb Julai 2011, Panitia Kemahiran Hidup telah menganjurkan Minggu Kemahiran Hidup bagi tahun 2011. Antara objektif utama program ialah memberi pendidikan asas mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kumpulan sasaran program ini ialah murid-murid Tahap I dan murid Tahap II. Antara pengisian program ialah Pertandingan Kuiz secara terbuka untuk murid Tahap I yang diadakan di bengkel Kemahiran Hidup SKPT pada waktu rehat. Manakala bagi murid Tahap II, Pertandingan Kuiz secara bertulis diadakan di kelas masing-masing semasa waktu P&P Kemahiran Hidup. Selain daripada itu, Panitia Kemahiran Hidup mengadakan aktiviti pameran Bengkel Kemahiran Hidup tentang peralatan Kemahiran Hidup dan hasil kerja murid. Selain itu, Panitia Kemahiran Hidup juga mengadakan aktiviti jualan ikan hiasan. Minggu Kemahiran Hidup telah dirasmikan secara simbolik oleh Guru Besar SKPT, En. Zainuddin b Sahak.
Catatan Terbaru
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)